Halaman

Isnin, 24 Oktober 2011

ادب ملاين تتامو




Tetamu adalah orang yang datang menziarahi kita.Antara adab-adab melayan tetamu ialah

  • menyambut dan mengalu-alukan kedatangan tetamu
  • menunjukkan kemesraan dengan muka yang manis
  • memberi layanan yang baik 
  • mengiringi mereka ke muka pintu ketika hendak pulang
  • tuan rumah wajib menutup aurat dan memastikan rumah dalam keadaan kemas
Faedah melayan tetamu

Melayan tetamu adalah perkara yang dituntut oleh Islam.Rasulullah saw sangat memuliakan tetamunya.Terdapat banyak faedah melayan tetamu .Antaranya ialah:
  • dapat mengeratkan silaturrahim
  • orang yang melayan tetamu akan dihormati dan disanjung oleh orang lain
  • mendapat rahmat daripada Allah
  • disayangi dan dicontohi oleh masyarakat.
Akibat tidak melayan tetamu 
  • tidak dihormati oleh masyarakat
  • hubungan menjadi renggang
  • dibenci oleh Allah dan manusia
  • mendapat dosa
  • menimbulkan fitnah

Khamis, 20 Oktober 2011

Allah Maha Adil ( al-Adl)

Al-Adl merupakan salah satu nama-nama Allah .Al-Adl beerti Allah Maha Adil terhadap semua manusia dan makhluk di alam ini.Firman Allah dalam surah al-An'am yang bermaksud "dan sempurnakanlah kalimat Tuhanmu (al-Quran meliputi hukum-hukum dan janji-janjinya) dengan benar dan adil."Allah Maha Adil mengurniakan rezeki pada makhluk ciptaan-Nya.Allah juga memberi ganjaran syurga kepada orang yang membuat kebaikan.Manakala orang yang melakukan kejahatan akan dibalas dengan neraka.Begitulah keadilan Allah terhadap makhluk-Nya.Allah Maha Adil kepada makhluk-Nya pada sepanjang masa.


Khamis, 13 Oktober 2011

ادب مڠهيدڠ مکانن دان مينومن

Makanan dan minuman adalah nikmat Allah.Oleh itu,kita mestilah menghidang makanan dan minuman dengan sebaik-baiknya sebagai tanda mensyukuri nikmat-Nya.

 Adab ketika menghidang makanan:

  • mengelap pinggan mangkuk sebelum digunakan
  • menggunakan pinggan mangkuk yang berkeadaan baik dan bersih
  • menyusun hidangan dengan kemas
  • menyediakan keperluan yang cukup seperti air basuh tangan,tuala atau
Adab orang yang menghidang makanan:
  • menutup aurat
  • menyegerakan penyediaan makanan
  • menyediakan makanan yang mencukupi
  • tidak mengangkat makanan sehingga selesai makan
  • sentiasa ceria semasa menghidang makanan
Faedah beradab ketika menghidang makanan dan minuman
  • dirahmati Allah
  • dipandang mulia dan disayangi
  • dihindari penyakit
  • ketenteraman hidup
  • kemas dan teratur
Akibat tidak beradab ketika menghidang makanan dan minuman
  • menjatuhkan maruah
  • dipandang rendah dibenci
  • mendapat penyakit
  • kehidupan tidak terurus
  • tidak berdisiplin

ڤرلتقن حجرالأسود



Banjir besar yang melanda Kota Makkah menyebabkan Kaabah mengalami kerosakan teruk dan selepas banjir surut, tiada siapa berani meruntuhkan baki dinding yang tinggal bagi membinanya semula.Hanya Al-Walid bin Mughirah, ketua suku Makhzum yang berani melakukannya, seorang diri beliau meruntuhkan bahagian antara Hajarul Aswad dan Rukn Yamani. Keesokan harinya, selepas melihat tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada Al-Walid, barulah kerja pembinaan semula dilakukan secara gotong royong dengan baik sekali.Bagaimanapun, berlaku pertikaian dalam menentukan siapa yang lebih berhak meletakkan Hajarul Aswad pada tempatnya hingga ada yang menghunus pedang, bersumpah untuk berjuang menuntut apa yang disangka sebagai hak mereka.Pertikaian berlarutan selama lima hari tanpa penyelesaian, perang antara puak seolah-olah akan meletus bila-bila masa saja tetapi akhirnya, Aba Umaiyah memberi cadangan penyelesaian kepada konflik itu.Seperti dipersetujui semua pihak, siapa yang pertama memasuki kawasan Kaabah melalui pintu As-Safa, orang itu akan menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah mereka.Keesokan paginya Nabi Muhammad orang pertama memasuki kawasan Kaabah melalui pintu As-Safa dan dengan kebijaksanaannya Baginda meminta setiap wakil suku yang bertelagah bersama mengangkat Hajarul Aswad di atas sehelai kain.Apabila hampir dengan tempatnya, Baginda sendiri mengambil Hajarul Aswad lalu meletakkannya di tempat asalnya iaitu di penjuru timur Kaabah dan tindakan itu dipersetujui semua pihak bertelagah.