Halaman

Rabu, 21 September 2011

PEKERJAAN NABI MUHAMMAD SAW SEMASA KECIL (SIRAH)

Baca cerita di bawah.

Assalamualaikum adik-adik yang dikasihi,
Hari ini kakak akan menyambung kisah nabi Muhammad saw.Sebagaimana yang adik-adik ketahui ,setelah kematian ibu dan datuknya ,nabi telah dipelihara oleh bapa saudaranya,Abu Talib.Untuk mengurangkan beban keluarga,baginda telah mengambil upah mengembala kambing.Ketika berumur 12 tahun,baginda membantu Abu Talib berniaga di Syam.Baginda menjalankan tugas tersebut dengan rajin,bertanggungjawab dan ikhlas.
Tahukah adik-adik bahawa kesan pekerjaan tersebut telah membentuk akhlak nabi yang mulia.Baginda tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik.Malahan baginda menghabiskan masanya dengan pekerjaan yang berfaedah.
Adik-adik,pesan kakak,marilah kita mencontohi akhlak nabi kita yang sabar dan tabah menghadapi ujian dalam kehidupannya.Insyaallah,kakak akan sambung kisah ini pada minggu hadapan,jumpa lagi.

Selasa, 20 September 2011

MARI MENGENAL HUKUM (IBADAH)

PEMBAHAGIAN HUKUM DALAM ISLAM & PENGERTIANNYA



Wajib : melakukannya dapat pahala meninggalkannya berdosa.






Sunat :melakukannya mendapat pahala,meninggalkannya tidak berdosa.







Haram : melakukannya berdosa ,meninggalkannya dapat pahala.










Harus : Tidak berdosa sama ada melakukannya atau meninggalkannya.










Makruh : Melakukannya tidak berdosa ,meninggalkannya dapat pahala.

Isnin, 19 September 2011

Doa Khatam Al-Quran

BERIMAN KEPADA KITAB (AQIDAH)

Al-Quran ialah kitab Allah yang diturunkan nabi Muhammad SAW.Kitab Allah ialah Kalam Allah yang diwahyukan kepada rasul-rasulnya.Ia mengandungi syariat untuk disampaikan kepada manusia.Kita wajib beriman dengannya.Selain al-Quran,Taurat diturunkan kepada nabi Musa,Zabur kepada nabi Daud,dan Injil kepada nabi Isa.
Maksud beriman kepada kitab-kitab Allah ialah kita mesti meyakini bahawa:

  • Allah telah menurunkan kitab kepada rasul-rasul-Nya.
  • Kitab Allah adalah wahyu yang menjadi panduan manusia.
  • Kitab-kitab Allah mengandungi peraturan hidup yang benar.
Oleh sebab itu,manusia memerlukan kitab Allah kerana:
  • manusia memerlukan panduan untuk hidup sempurna.
  • manusia mempunyai kelemahan.
Kelebihan-kelebihan al-Quran
Sebagai seorang Islam,kita wajib mempercayai dan mengamalkan ajaran al-Quran.Al-Quran mempunyai kelebihan dan mukjizat yang tersendiri.Antara kelebihan al-Quran adalah seperti yang berikut:
  • Al-Quran merupakan mukjizat teragung kepada nabi Muhammad SAW
  • Allah memelihara al-Quran daripada sebarang penyelewengan sehingga hari qiamat.
  • Syariat di dalamnya untuk seluruh manusia.
  • Al-Quran memansuhkan syariat-syariat yang terdapat dalam kitab-kitab Allah sebelumnya.
  • Al-Quran menjadi penawar kepada penyakit.
(Kalam Allah ialah kata-kata Allah),(syariat ialah peraturan hidup dan ajaran Agama Islam)