Halaman

Sabtu, 18 Februari 2012

MTQ Peringkat Kawasan Arau 2012

dif kehormat (Pn Zaidah bt Kamarulzaman,GB SKA-sebelah kiri)

M. Ali Fayad bagi pertandingan bercerita

Nur Aufa bt Nizam-tempat kedua tilawah perempuan

peserta tilawah lelaki

perasmi dari JPN

M.Hamzi b. Nazri

ustaz M. Irwan pengacara acara penutup

peserta kuiz-tempat kedua

Nurin Naziefa tempat pertama bercerita


guru-guru yang mengiring

Hari ini Sabtu bersamaan dengan 18 Februari,2012 merupakan hari yang ditunggu-tunggu bagi murid-murid yang dipilih untuk mengasah bakat. Semua acara bermula jam 8.30 pagi selepas sesi pendaftaran jam 8.00 pagi. Antara acara yang dipertandingkan dalam MTQ ini ialah hafazan, tilawah al-Quran, bercerita, kuiz dan nasyid. Sekolahku memenangi acara bercerita perempuan (johan), kuiz mendapat tempat ke 2, hafazan lelaki tempat ke 3,nasyid tempat ke 2 dan tilawah perempuan tempat kedua. Tahniah kepada yang berjaya dan usaha lagi pada tahun hadapan bagi yang tidak berjaya.

Jumaat, 10 Februari 2012

Maulidurrasul Peringkat Sekolah 2012/1433h

Pada hari Rabu bertarikh 8hb Februari, 2012 bersamaan dengan 15 Rabiulawwal 1433, SK Arau telah mengadakan majlis Maulidurrasul peringkat sekolah. Murid-murid mula berkumpul seawal jam 8.00 pagi lagi. Semua murid menerima keratan selawat yang disediakan oleh panitia. Seterusnya majlis diteruskan dengan selawat beramai-ramai di dataran sekolah dan sambil berarak di kawasan sekolah serta padang sekolah. Murid-murid dilihat begitu bersemangat dengan baju kurung bagi murid perempuan dan baju melayu bagi murid lelaki beserta songkok. Pada jam 9.00 pagi, murid tahap dua masuk ke dalam dewan bagi mendengar ceramah daripada ustaz Hashim al-Hafiz dari jabatan Agama Islam Negeri Perlis yang selalu dijemput hadir memberi ceramah kerana ceramahnya yang bersahaja sambil bernasyid, menarik perhatian guru dan murid sejak dahulu. Manakala bagi murid tahap satu, mereka diberi aktiviti mewarna dan diberi hadiah sempena Maulidurrasul.Murid tahap satu terlebih dahulu diberi rehat iaitu pada jam 10.00 pagi. Namun murid tahap dua rehat sejam kemudian kerana masa yang tidak ditepati mengikut yang dijadualkan disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.Majlis penutupan yang sepatutnya dijalankan pada jam 11.00 pagi tertunda ke jam 11.20 pagi. Pada majlis penutup, pengerusi majlis iaitu ustaz Mohd. Irwan telah memberi ucapan di samping bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Lutfi. Ucapan diteruskan oleh Guru Besar, Puan Zaidah bt Kamarulzaman dan akhir sekali ucapan Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral iaitu Ustaz Muhammad b. Ghani yang menganjurkan supaya ada semangat mencintai nabi yang juga merupakan amalan mulia. Majlis diakhiri dengan persembahan nasyid dan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan mewarna Maulidurrasul 1433h. Majlis bersurai pada jam 12.20 tengahari.



Berkumpul di awal pagi









Ustaz Hashim al-Hafiz


persembahan nasyid sekolah

Tokoh Murid Maulidurrasul, adik M. Afiq bin Jais

Tokoh Murid (P)

tidak ketinggalan murid bukan Islam juga menerima hadiah

Antara pemenang pertandingan mewarna
aku yg bergelar ustazah.....

Kantin..oh kantin

Pemantauan JPN di bawah unit HEM akan dilakukan pada 6 Mac 2012 di SK Arau. Unit Kantin adalah salah satunya yang akan dipantau..bermula dari fail hinggalah ke laporan kendiri harian dan mingguan kantin.Antara perkara yang dah diplan untuk dibuat ialah buat brosur, carta organisasi, minit mesyuarat, laporan kendiri tahun lepas dikumpul dan banyak lagi yang perlu dibuat. Inilah peraturan kantin yang ku dapat dari siber ni...dan ada beberapa perkara yang perlu diubahsuai mengikut sekolah.

Antara isu semasa mengenai kantin ...

15 jenis makanan dilarang jual di kantin sekolah

Oleh Syed Azwan Syed Ali
syedazwan@bharian.com.my
2011/04/26

KUALA LUMPUR: Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan. 

Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata cadangan itu terkandung dalam draf garis panduan penjualan makanan di kantin sekolah yang diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu. 

Beliau berkata, cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. 

“Larangan penjualan makanan tidak sihat sejajar dengan usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak. Ia langkah mencegah peringkat awal,” katanya kepada Berita Harian semalam. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan, peraturan itu adalah langkah proaktif kerajaan bagi menangani peningkatan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar dengan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002-2008 menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak mengalami obesiti. 
Kajian universiti sama juga menunjukkan, 88.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman yang disajikan di kantin sekolah, sekali gus meningkatkan lagi hasrat kerajaan untuk memastikan makanan sihat dijual di sekolah. 

Turut dicadangkan ialah supaya Indeks Jisim Badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar. 

Pakar pemakanan UKM, Prof Dr Mohd Ismail Mohd Noor, berkata amalan merekodkan BMI diamalkan negara maju seperti Amerika Syarikat seawal kanak-kanak berusia dua tahun bagi membolehkan mereka dibimbing dengan amalan pemakanan dan aktiviti fizikal sihat. 

“Obesiti sebenarnya disebabkan pelbagai punca makanan, namun peraturan baru itu adalah permulaan baik dalam memastikan pelajar mendapat makanan sihat dan seimbang di sekolah sebelum ibu bapa memainkan peranan di rumah dengan memastikan amalan baik diteruskan,” katanya. 

Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007. Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif, iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.

Selasa, 7 Februari 2012

Gaji oh gaji...


Pengertian gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Contoh:
* Gaji tahunan
* Tunggakan gaji
* Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat)
* Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian.

KSSR Terap 1 Malaysia


KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.
Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.
KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.
Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.
Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.
Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.
Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membacamenulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur limadan enam tahun seluruh negara.
Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.
KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.
sumber maklumat : Portal Pendidikan Utusan