Halaman

Jumaat, 10 Ogos 2012

Bertugas di Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Pada Khamis yang lepas (9/8/2012), sekolahku telah mengadakan Hari Kecemerlangan Pelajar. Dan aku seperti biasa bertugas di bahagian hadiah namun bekerjasama dalam mengumpul peserta hadiah. Pertama kali bekerjasama dalam mengumpul peserta hadiah dan selama ini betul-betul berada di atas pentas mengumpul hadiah dan memastikan hadiah mencukupi. Apa-apapun setakat ini semuanya sukses..alhamdulillah!


AJK Hadiah (pengumpul peserta)

Ketua Hadiah-ust Ahmad Lutfi

AJK kerja yang sukses
sehari sebelum Hari Anugerah 

Sabtu, 14 Julai 2012

Doa Menghadapi Orang Zalim

"Allahumma anta rabbuna wa rabbuhum wa qulubuhum wa qulubuna biyadika wa inna ma yaghlibuhum anta,
ertinya:
” Ya Allah Engkau adalah Tuhan kami dan Tuhan mereka, hati kami dan hati mereka ada dalam genggamanMu. Sungguh Engkaulah yg melunakkan mereka.”


Khamis, 12 Julai 2012

Result ku sudah ada...Alhamdulillah

Alhamdulillah...syukur yang amat sangat pada Mu, Ilahi atas kurniaan yang begitu banyak, yang diberi padaku...Pada hari Isnin baru-baru ni (9/7/2012), aku dikejutkan oleh rakan-rakan FB bahawa result semester ketiga telah ada...aku pun dengan hati yang berdebar-debar mulalah membuka portal mysis...alhamdulillah...aku menangis kegembiraan atas pemberian Mu ini....sebenarnya ketika itu aku sedang bersedih atas result peperiksaan anakku..namun  ku berdoa kepada Mu ya Allah agar diberi kejayaan kepada anak-anakku seperti yang diberi oleh Mu kepadaku. Aamiin.
Sebenarnya bukan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan itu jika tidak ada keazaman dan kesungguhan. Aku pula bukan mudah nak membahagikan antara kerja rumah, kerja makan gaji, dan belajar. Semester 3 ini pula sangat mencabar jiwa, minda dan tenagaku. Apa tidaknya, subjek je dah 5... 9 assignment individu yang 25 helai setiap satunya, 1 assignment berkumpulan, beratus forum, 7 perbincangan dan beberapa tugasan kuliah..semuanya menuntut kesabaran yang tinggi. Dan sebenarnya aku bukanlah orang yang sangat penyabar namun telah disabarkan oleh hubbyku yang sangat penyabar juga kerana Allah telah berjanji untuk meninggikan darjat orang yang berilmu..juga kerana pahala yang tidak dapat dijual beli .
Mudah-mudahan perjuanganku bukan setakat ini...biarlah ia menjadi pembakar semangat anak-anakku untuk berjaya...pastinya berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin...aamiin..aamiin Ya Rabbal'alamin.



Rabu, 4 Julai 2012

Awet Muda....


Mungkin ramai yang dah tahu petua awet muda dari Ustazah Fatima Az zahrah ni... Semoga ianya bermanfaat buat semua ^_*

Cara Pertama:
 Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri kita & utk kebahagiaan rumahtangga kita.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


Cara Kedua:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x

Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

10 Sebab doa tertolak

 Ibrahim Ibn Adham adalah seorang Ahli Pemikir Islam dan seorang sufi juga dikenali Sultan Ibrahim bin Adham, Bin Mansur al-Balkhi al-Ijli, Abu Ishaq. Beliau ditanya mengenai sebab doa tertolak.

“Wahai Ibrahim Ibn Adham,kami telah berdoa kepada Allah..tetapi masih tidak diperkenankan-Nya.Beritahu kami apakah sebabnya?”.Ibrahim menjawab: “terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..”

1. Kamu mengenal Allah tapi tidak mentaatiNYa

2. Kamu mengenali Rasulullah tetapi tidak mengikutiNYA

3. Kamu mengetahui Al-Quran tetapi tidak mengamalkannya

4. Kamu memakan kurniaanNYA tetapi tidak pernah mensyukuri

5. Kamu tahu syurga tetapi tidak mencarinya

6. Kamu tahu neraka namun tidak menghindarinya iaitu dengan meninggalkan maksiat dan dosa

7. Kamu mengenali syaitan namun tidak berusaha memeranginya bahkan menyambut ajakannya

8. Kamu tahu saat kematian semakin hampir namun tidak bersiap menghadapinya

9. Kamu pernah menguburkan mayat namun tidak mahu mengambil pengajaran daripadanya

10.Kamu bangun tidur lalu suka membetulkan kekurangan dan kesilapan orang lain tetapi tidak pernah membetulkan kesilapan diri sendiri.


Jadi bersama-samalah kita bermuhasabah diri kita dengan apa amalan dan tingkah laku kita supaya kita dapat berusaha untuk mengubah keperibadian yang tidak elok.

Khamis, 24 Mei 2012

Hari Untuk Cikgu

Assalamualaikum,

Hari ini 24/05/2012 (Khamis) merupakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah di sekolahku....pun begitu aku tidaklah mengharapkan apa-apa kecuali kebahagiaan dalam menyumbangkan ilmu kepada mereka yang dahagakannya. Bukan hadiah atau ganjaran yang kudambakan melainkan doa restu mereka buat aku kerana doa anak-anak kecil ini amat bermakna di sisi Ilahi...tanpa doa anak-anak itu, siapalah aku...saat ini sebak terasa kerana aku sedar bahawa aku belum benar-benar menjadi guru yang berkesan buat mereka..Ya Allah, mohonku bahagiakanlah aku dalam mencurah ilmu dan baktiku buat anak-anak bangsa dan berjayakanlah mereka dalam menggapai kejayaan dunia dan akhirat..amin...amin..amin...Ya Rabbal'alamin.


Selasa, 22 Mei 2012

MSSM Peringkat Kebangsaan 2012 di Perlis (21/5/2012)





"Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kezaliman manusia"

Surah al-Baqarah, ayat 262-264,
"Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkitkan-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."


Semalam sebenarnya merupakan perasmian pembukaan MSSM Peringkat Kebangsaan. Pada mulanya tidaklah begitu ramai manusia, namun sekitar 8.30 malam berbondong-bondong manusia hadir ke Stadium Utama Kangar. Panasnya punyalah terasa namun panas lagi di Padang Mahsyar kelak. Pengisiannya baik dan menarik namun alangkah baiknya sekiranya dapat diasingkan tempat duduk lelaki dan perempuan. Guru lelaki jaga murid lelaki, guru perempuan jaga murid perempuan, kan senang...letih sebenarnya bila menjaga kedua-duanya. Harap2 selepas ini begitulah yang berlaku...(ataukah kubermimpi di siang hari ). Aku dan rakan-rakan sekereta pulang jam 11.15 malam...harap cikgu PK Ko tidak marah. Jalan balik ke rumah pun dah gelap yang amat. seram pun ada..namun berdoa moga2 tiada kejahatan yang berkenan dengan kami...Alhamdulillah sampai rumah tepat 12.00 tengah malam. Tak taulah jam berapa Norli, kawanku sampai ke rumahnya..moga2 dia selamat hendakNya. Amin.

bersama kak Nakimah Awang Teh....by Solehah
dengan Norli Abdullah ....by me (Uswah)

bersama rakan-rakan guru SKA....by kak Wan Roshima

by kak Wan Roshima

bersama Badarinawati Basri....by myself

aku...uswaton hasanah salleh....by Solehah


Jumaat, 18 Mei 2012

Lagu Lau Kana Bainana al-Habib

Lirik dalam Bahasa Arab dan Melayu

Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب

Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب

Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين

Selasa, 13 Mac 2012

5 Jangan dalam Persahabatan

Muhammad al-Baqir bin Zainal Abidin berkata: ayahku berwasiat kepadaku : Janganlah kamu bersama lima golongan manusia, jangan berbual dan jangan menjadikannya sebagai kawan dalam perjalanan:

Pertama : Jangan bersahabat dengan orang jahat kerana dia boleh jadi akan menjual kamu hanya kerana ingin mandaptkan makanan atau barang yang lebih sedikit lagi dari itu. Lantas aku bertanya, "Wahai ayah, apakah yang lebih sedikit lagi itu?"Beliau menjawab, "  dia mengharapkan sesuatu dari persahabatan itu, akan tetapi tidak mendapat apa-apa."

Kedua : janganlah kamu bersahabat dengan orang bakhil, kerana dia tidak mahu memenuhi keperluanmu jika kamu dalam keadaan terdesak.

Ketiga : janganlah kamu bersahabat dengan seorang pendusta, kerana dia persis fatamorgana (yang dari jauh bayang-bayang itu disangka air oleh orang yang haus, tetapi apabila didekati ternyata tidak ada) yang menjadikan jauh perkara yang dekat dan yang menjadikan yang dekat perkara yang jauh.

Keempat : jangan bersahabat dengan orang yang bodoh kerana kelihatannya akan memberikan manfaat, tetapi memberi mudharat.

Kelima : jangan bersahabat dengan orang yang memutuskan diri dengan keluarganya, kerana di dalam al-Quran orang ini dikutuk tiga kali"

  • dipetik dari buku karangan Muhammad Muhyidin bertajuk 'Bertahajjudlah Nescaya Engkau Akan Mulia', Terbitan Hidayah House Of Publishers Sdn Bhd.

adik-adikku sekelian...

Sabtu, 18 Februari 2012

MTQ Peringkat Kawasan Arau 2012

dif kehormat (Pn Zaidah bt Kamarulzaman,GB SKA-sebelah kiri)

M. Ali Fayad bagi pertandingan bercerita

Nur Aufa bt Nizam-tempat kedua tilawah perempuan

peserta tilawah lelaki

perasmi dari JPN

M.Hamzi b. Nazri

ustaz M. Irwan pengacara acara penutup

peserta kuiz-tempat kedua

Nurin Naziefa tempat pertama bercerita


guru-guru yang mengiring

Hari ini Sabtu bersamaan dengan 18 Februari,2012 merupakan hari yang ditunggu-tunggu bagi murid-murid yang dipilih untuk mengasah bakat. Semua acara bermula jam 8.30 pagi selepas sesi pendaftaran jam 8.00 pagi. Antara acara yang dipertandingkan dalam MTQ ini ialah hafazan, tilawah al-Quran, bercerita, kuiz dan nasyid. Sekolahku memenangi acara bercerita perempuan (johan), kuiz mendapat tempat ke 2, hafazan lelaki tempat ke 3,nasyid tempat ke 2 dan tilawah perempuan tempat kedua. Tahniah kepada yang berjaya dan usaha lagi pada tahun hadapan bagi yang tidak berjaya.

Jumaat, 10 Februari 2012

Maulidurrasul Peringkat Sekolah 2012/1433h

Pada hari Rabu bertarikh 8hb Februari, 2012 bersamaan dengan 15 Rabiulawwal 1433, SK Arau telah mengadakan majlis Maulidurrasul peringkat sekolah. Murid-murid mula berkumpul seawal jam 8.00 pagi lagi. Semua murid menerima keratan selawat yang disediakan oleh panitia. Seterusnya majlis diteruskan dengan selawat beramai-ramai di dataran sekolah dan sambil berarak di kawasan sekolah serta padang sekolah. Murid-murid dilihat begitu bersemangat dengan baju kurung bagi murid perempuan dan baju melayu bagi murid lelaki beserta songkok. Pada jam 9.00 pagi, murid tahap dua masuk ke dalam dewan bagi mendengar ceramah daripada ustaz Hashim al-Hafiz dari jabatan Agama Islam Negeri Perlis yang selalu dijemput hadir memberi ceramah kerana ceramahnya yang bersahaja sambil bernasyid, menarik perhatian guru dan murid sejak dahulu. Manakala bagi murid tahap satu, mereka diberi aktiviti mewarna dan diberi hadiah sempena Maulidurrasul.Murid tahap satu terlebih dahulu diberi rehat iaitu pada jam 10.00 pagi. Namun murid tahap dua rehat sejam kemudian kerana masa yang tidak ditepati mengikut yang dijadualkan disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.Majlis penutupan yang sepatutnya dijalankan pada jam 11.00 pagi tertunda ke jam 11.20 pagi. Pada majlis penutup, pengerusi majlis iaitu ustaz Mohd. Irwan telah memberi ucapan di samping bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Lutfi. Ucapan diteruskan oleh Guru Besar, Puan Zaidah bt Kamarulzaman dan akhir sekali ucapan Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral iaitu Ustaz Muhammad b. Ghani yang menganjurkan supaya ada semangat mencintai nabi yang juga merupakan amalan mulia. Majlis diakhiri dengan persembahan nasyid dan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan mewarna Maulidurrasul 1433h. Majlis bersurai pada jam 12.20 tengahari.



Berkumpul di awal pagi









Ustaz Hashim al-Hafiz


persembahan nasyid sekolah

Tokoh Murid Maulidurrasul, adik M. Afiq bin Jais

Tokoh Murid (P)

tidak ketinggalan murid bukan Islam juga menerima hadiah

Antara pemenang pertandingan mewarna
aku yg bergelar ustazah.....

Kantin..oh kantin

Pemantauan JPN di bawah unit HEM akan dilakukan pada 6 Mac 2012 di SK Arau. Unit Kantin adalah salah satunya yang akan dipantau..bermula dari fail hinggalah ke laporan kendiri harian dan mingguan kantin.Antara perkara yang dah diplan untuk dibuat ialah buat brosur, carta organisasi, minit mesyuarat, laporan kendiri tahun lepas dikumpul dan banyak lagi yang perlu dibuat. Inilah peraturan kantin yang ku dapat dari siber ni...dan ada beberapa perkara yang perlu diubahsuai mengikut sekolah.

Antara isu semasa mengenai kantin ...

15 jenis makanan dilarang jual di kantin sekolah

Oleh Syed Azwan Syed Ali
syedazwan@bharian.com.my
2011/04/26

KUALA LUMPUR: Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan. 

Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata cadangan itu terkandung dalam draf garis panduan penjualan makanan di kantin sekolah yang diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu. 

Beliau berkata, cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. 

“Larangan penjualan makanan tidak sihat sejajar dengan usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak. Ia langkah mencegah peringkat awal,” katanya kepada Berita Harian semalam. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan, peraturan itu adalah langkah proaktif kerajaan bagi menangani peningkatan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar dengan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002-2008 menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak mengalami obesiti. 
Kajian universiti sama juga menunjukkan, 88.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman yang disajikan di kantin sekolah, sekali gus meningkatkan lagi hasrat kerajaan untuk memastikan makanan sihat dijual di sekolah. 

Turut dicadangkan ialah supaya Indeks Jisim Badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar. 

Pakar pemakanan UKM, Prof Dr Mohd Ismail Mohd Noor, berkata amalan merekodkan BMI diamalkan negara maju seperti Amerika Syarikat seawal kanak-kanak berusia dua tahun bagi membolehkan mereka dibimbing dengan amalan pemakanan dan aktiviti fizikal sihat. 

“Obesiti sebenarnya disebabkan pelbagai punca makanan, namun peraturan baru itu adalah permulaan baik dalam memastikan pelajar mendapat makanan sihat dan seimbang di sekolah sebelum ibu bapa memainkan peranan di rumah dengan memastikan amalan baik diteruskan,” katanya. 

Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007. Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif, iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.

Selasa, 7 Februari 2012

Gaji oh gaji...


Pengertian gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Contoh:
* Gaji tahunan
* Tunggakan gaji
* Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat)
* Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian.