Halaman

Jumaat, 10 Februari 2012

Maulidurrasul Peringkat Sekolah 2012/1433h

Pada hari Rabu bertarikh 8hb Februari, 2012 bersamaan dengan 15 Rabiulawwal 1433, SK Arau telah mengadakan majlis Maulidurrasul peringkat sekolah. Murid-murid mula berkumpul seawal jam 8.00 pagi lagi. Semua murid menerima keratan selawat yang disediakan oleh panitia. Seterusnya majlis diteruskan dengan selawat beramai-ramai di dataran sekolah dan sambil berarak di kawasan sekolah serta padang sekolah. Murid-murid dilihat begitu bersemangat dengan baju kurung bagi murid perempuan dan baju melayu bagi murid lelaki beserta songkok. Pada jam 9.00 pagi, murid tahap dua masuk ke dalam dewan bagi mendengar ceramah daripada ustaz Hashim al-Hafiz dari jabatan Agama Islam Negeri Perlis yang selalu dijemput hadir memberi ceramah kerana ceramahnya yang bersahaja sambil bernasyid, menarik perhatian guru dan murid sejak dahulu. Manakala bagi murid tahap satu, mereka diberi aktiviti mewarna dan diberi hadiah sempena Maulidurrasul.Murid tahap satu terlebih dahulu diberi rehat iaitu pada jam 10.00 pagi. Namun murid tahap dua rehat sejam kemudian kerana masa yang tidak ditepati mengikut yang dijadualkan disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.Majlis penutupan yang sepatutnya dijalankan pada jam 11.00 pagi tertunda ke jam 11.20 pagi. Pada majlis penutup, pengerusi majlis iaitu ustaz Mohd. Irwan telah memberi ucapan di samping bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Lutfi. Ucapan diteruskan oleh Guru Besar, Puan Zaidah bt Kamarulzaman dan akhir sekali ucapan Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral iaitu Ustaz Muhammad b. Ghani yang menganjurkan supaya ada semangat mencintai nabi yang juga merupakan amalan mulia. Majlis diakhiri dengan persembahan nasyid dan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan mewarna Maulidurrasul 1433h. Majlis bersurai pada jam 12.20 tengahari.



Berkumpul di awal pagi









Ustaz Hashim al-Hafiz


persembahan nasyid sekolah

Tokoh Murid Maulidurrasul, adik M. Afiq bin Jais

Tokoh Murid (P)

tidak ketinggalan murid bukan Islam juga menerima hadiah

Antara pemenang pertandingan mewarna
aku yg bergelar ustazah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan