Halaman

Jumaat, 2 Oktober 2015

Graduate dah....

Assalamualaikum  pembuka  bicara...
Selawat dan salam buat  junjungan...nabi Muhammad s.a.w.

Lama juga tak berbicara di sini. Bukan tak ada peristiwa yang berlaku...


Pada 4 Jun yg lalu berlangsungnya Istiadat Konvokesyen UPSI ke 17...alhamdulillah dah selesai pengajianku selama 4 tahun...terima kasih ya Allah kerana akhirnya dapat juga aku belajar sehingga habih...mudah-mudahan Allah memberiku ilmu,kesabaran,akal dan kebijaksanaan dalam menguruskan anak-anak, suami dan pekerjaanku. Dan bukanlah bahagia itu diukur dari kejayaan diri sendiri tp kejayaan dr anak2 yang soleh jua.

Sabtu, 24 Ogos 2013

Majlis Sambutan Hariraya Peringkat Sekolahku

Dah lama tak menulis ni...Jumaat lepas merupakan majlis sambutan hari raya peringkat sekolah (23 Ogos 2013)...Walau tak banyak hidangan namun bagiku cukuplah kalau dibandingkan dengan mereka yang tidak bernasib baik di luar sana.

Kumpulan 4 Jaya

Bersama kak Nakimah







Isnin, 14 Januari 2013

Aqil ke SABK Nurul Islam, Ayer Hitam

Pada 30hb Disember, 2012, Aqil mula mendaftarkan diri di sekolah baru dengan perasaan yang berdebar-debar...Alhamdulillah, hanya pada Allah, aku panjatkan kesyukuran di atas kurniaan-Nya. Sekolah agama adalah tujuan aku dan suami agar Aqil beroleh ilmu agama di samping pengalaman hidup tinggal di asrama. Doaku moga2 ditetapkan hatinya dalam menuntut ilmu al-din, menjadi hamba-Nya yang soleh serta cemerlang di dunia dan akhirat. Ameen. Ummi sayang dan rindu Aqil selalu.




Jumaat, 10 Ogos 2012

Bertugas di Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Pada Khamis yang lepas (9/8/2012), sekolahku telah mengadakan Hari Kecemerlangan Pelajar. Dan aku seperti biasa bertugas di bahagian hadiah namun bekerjasama dalam mengumpul peserta hadiah. Pertama kali bekerjasama dalam mengumpul peserta hadiah dan selama ini betul-betul berada di atas pentas mengumpul hadiah dan memastikan hadiah mencukupi. Apa-apapun setakat ini semuanya sukses..alhamdulillah!


AJK Hadiah (pengumpul peserta)

Ketua Hadiah-ust Ahmad Lutfi

AJK kerja yang sukses
sehari sebelum Hari Anugerah 

Sabtu, 14 Julai 2012

Doa Menghadapi Orang Zalim

"Allahumma anta rabbuna wa rabbuhum wa qulubuhum wa qulubuna biyadika wa inna ma yaghlibuhum anta,
ertinya:
” Ya Allah Engkau adalah Tuhan kami dan Tuhan mereka, hati kami dan hati mereka ada dalam genggamanMu. Sungguh Engkaulah yg melunakkan mereka.”


Khamis, 12 Julai 2012

Result ku sudah ada...Alhamdulillah

Alhamdulillah...syukur yang amat sangat pada Mu, Ilahi atas kurniaan yang begitu banyak, yang diberi padaku...Pada hari Isnin baru-baru ni (9/7/2012), aku dikejutkan oleh rakan-rakan FB bahawa result semester ketiga telah ada...aku pun dengan hati yang berdebar-debar mulalah membuka portal mysis...alhamdulillah...aku menangis kegembiraan atas pemberian Mu ini....sebenarnya ketika itu aku sedang bersedih atas result peperiksaan anakku..namun  ku berdoa kepada Mu ya Allah agar diberi kejayaan kepada anak-anakku seperti yang diberi oleh Mu kepadaku. Aamiin.
Sebenarnya bukan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan itu jika tidak ada keazaman dan kesungguhan. Aku pula bukan mudah nak membahagikan antara kerja rumah, kerja makan gaji, dan belajar. Semester 3 ini pula sangat mencabar jiwa, minda dan tenagaku. Apa tidaknya, subjek je dah 5... 9 assignment individu yang 25 helai setiap satunya, 1 assignment berkumpulan, beratus forum, 7 perbincangan dan beberapa tugasan kuliah..semuanya menuntut kesabaran yang tinggi. Dan sebenarnya aku bukanlah orang yang sangat penyabar namun telah disabarkan oleh hubbyku yang sangat penyabar juga kerana Allah telah berjanji untuk meninggikan darjat orang yang berilmu..juga kerana pahala yang tidak dapat dijual beli .
Mudah-mudahan perjuanganku bukan setakat ini...biarlah ia menjadi pembakar semangat anak-anakku untuk berjaya...pastinya berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin...aamiin..aamiin Ya Rabbal'alamin.



Rabu, 4 Julai 2012

Awet Muda....


Mungkin ramai yang dah tahu petua awet muda dari Ustazah Fatima Az zahrah ni... Semoga ianya bermanfaat buat semua ^_*

Cara Pertama:
 Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri kita & utk kebahagiaan rumahtangga kita.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


Cara Kedua:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x

Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

10 Sebab doa tertolak

 Ibrahim Ibn Adham adalah seorang Ahli Pemikir Islam dan seorang sufi juga dikenali Sultan Ibrahim bin Adham, Bin Mansur al-Balkhi al-Ijli, Abu Ishaq. Beliau ditanya mengenai sebab doa tertolak.

“Wahai Ibrahim Ibn Adham,kami telah berdoa kepada Allah..tetapi masih tidak diperkenankan-Nya.Beritahu kami apakah sebabnya?”.Ibrahim menjawab: “terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..”

1. Kamu mengenal Allah tapi tidak mentaatiNYa

2. Kamu mengenali Rasulullah tetapi tidak mengikutiNYA

3. Kamu mengetahui Al-Quran tetapi tidak mengamalkannya

4. Kamu memakan kurniaanNYA tetapi tidak pernah mensyukuri

5. Kamu tahu syurga tetapi tidak mencarinya

6. Kamu tahu neraka namun tidak menghindarinya iaitu dengan meninggalkan maksiat dan dosa

7. Kamu mengenali syaitan namun tidak berusaha memeranginya bahkan menyambut ajakannya

8. Kamu tahu saat kematian semakin hampir namun tidak bersiap menghadapinya

9. Kamu pernah menguburkan mayat namun tidak mahu mengambil pengajaran daripadanya

10.Kamu bangun tidur lalu suka membetulkan kekurangan dan kesilapan orang lain tetapi tidak pernah membetulkan kesilapan diri sendiri.


Jadi bersama-samalah kita bermuhasabah diri kita dengan apa amalan dan tingkah laku kita supaya kita dapat berusaha untuk mengubah keperibadian yang tidak elok.

Khamis, 24 Mei 2012

Hari Untuk Cikgu

Assalamualaikum,

Hari ini 24/05/2012 (Khamis) merupakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah di sekolahku....pun begitu aku tidaklah mengharapkan apa-apa kecuali kebahagiaan dalam menyumbangkan ilmu kepada mereka yang dahagakannya. Bukan hadiah atau ganjaran yang kudambakan melainkan doa restu mereka buat aku kerana doa anak-anak kecil ini amat bermakna di sisi Ilahi...tanpa doa anak-anak itu, siapalah aku...saat ini sebak terasa kerana aku sedar bahawa aku belum benar-benar menjadi guru yang berkesan buat mereka..Ya Allah, mohonku bahagiakanlah aku dalam mencurah ilmu dan baktiku buat anak-anak bangsa dan berjayakanlah mereka dalam menggapai kejayaan dunia dan akhirat..amin...amin..amin...Ya Rabbal'alamin.